Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Sunday, August 2, 2009

KELEBIHAN AROMATERAPI

AROMATERAPI merujuk kepada terapi menggunakan aroma. Lazimnya, penghasilan minyak aromaterapi adalah melalui gabungan minyak pati asli daripada tumbuhan melalui proses ekstrak penyulingan.

Bagi menghasilkan minyak urut aromaterapi pula adalah melalui gabungan minyak pati asli dengan carrier oil atau juga dipanggil minyak pembawa yang mana sifat minyak itu mestilah tidak meruap, mudah menyerap pada kulit serta tidak mempunyai bau. Contoh minyak pembawa yang baik adalah grapseed atau sweet almond.

Minyak pati asli boleh digabungkan mengikut sukatan tertentu untuk menghasilkan kesan baik kepada manusia antaranya untuk tujuan anti tekanan ataupun menjadi pewangi kepada bilik. Minyak pati juga boleh ditambah beberapa titik ke dalam tab mandi untuk tujuan menambah kesegaran dan ketenangan ketika mandi.

Minyak urut aromaterapi pula boleh digunakan untuk rawatan tertentu seperti rawatan ketika mengandung, rawatan sukar bersalin, rawatan selepas bersalin dan seperti sakit belakang dan rawatan untuk bayi dan kanak-kanak.

Bagi ibu mengandung yang mempunyai masalah seperti sakit belakang dan sengal-sengal sendi boleh menggunakan rawatan aromaterapi sebagai jalan penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment