Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Friday, July 31, 2009

Tea Tree : Gelam Wangi

TEA TREE (Gelam Wangi)

Nama Botani: Melaleuca Alternifolia Cheel
Nama Lain: Gelam Wangi, Tea Tree (Inggeris)
Famili: Myrtaceae

Pengenalan:
Tea tree ialah tumbuhan jenis saka yang berasal dari Benua Australia. Sehingga kini sebanyak 230 spesies Melaleuca telah dikenal pasti. Daripada jumlah bilangan spesies ini yang terdapat di Australia, hanya tiga spesies sahaja iaitu Melaleuca Alternifolia.

M.linarifolia dan M.dissitifloria yang mempunyai komposisi kimia yang tepat terkandung dalam minyaknya, iaitu mengandungi terpinen-4-ol yang tinggi dan kineole yang rendah. Minyak tea tree di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai. Tanaman awal diperigkat ladang telah dimulakan di kawasan utara asemenanjung Malaysia pada tahun 1993. sehimngga kini pertumbuhannya amat baik dengan potensi hasilnya boleh mencapai dua kali ganda dari tempat asalnya iaitu Australia.

Ciri-ciri Morfologi

Pokok Gelam Wangi Australia atau lebih dikenalai sebagai pokok tea tree merupakan pokok tumbuhan berkayu dengan ketinggian mencapai 4-7m. kulitnya seakan-akan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan dayang memanjang dengan mudah. Saiz daunnya yang kecil dan berbentuk lelembin (lanceolate) itu tersusun secara susunan berlingkar (spiral) di sepanjang ranting. Pada permukaan bawah daun tedapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang dari hujung daun hingga ke pangkal daun. Di kawasan utara semennjung Malaysia, bunganya yang berwarna putih itu kembang ketika bulan Mac hingga April dan matang di sekitar bulan November dan Desember. Kuntum bunga yang sesil itu terdapat pada akhir ranting dahan.

Bunga Melaleuca alternifolia adalah dwiseks dan bersifat dulu jantan (protendous flower). Stigmanya reseptif lebih lewat daripada debunganya yang telah berkembang lebih awal. Oleh itu pendebungaan sesama sendiri pada satu bunga adalam minimum. Spesies Melaleuca Alternifolia serta banyak spesies dan famili Myrtaceae yang lain mengeluarken bunga yang banyak dalam sesuatu pokok ketika musim berbunga. Perkembangan bunga ini mengambil masa yang agak panjang dan dengan demikian pendebungaan antara satu bunga dengan yang lain berlaku dengan sempurna.

Lenggai yang matang saiznya adalah sebesar 2mm garis pusat dan panjangnya 3mm. setiap lenggai mempunyai 3 ruang. Pada amnya, terdapat antara 100 hingga 150 biji benih yang kecil dan keras bewarna coklat bagi setiap lenggai.

Khasiat dan Kegunaannya.

Minyak tea tree diekstrak menggunakan proses penyulingan daun, digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan bacteria yang mujarab dalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit. Tindakan minyak tea tree terhadap sel epithelium manusia adalah rendah bagi segi ketoksikkannya. Produk farmaseutikal yang dikeluarkan secara komersial dengan menggunakan formulasi minyak tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur, dan masalah tinea.

Sumber: MARDI

No comments:

Post a Comment