Bilik adalah tempat yang paling Privacy. Maka tempat yang Privacy ini selalunya legih menarik berbanding ruangan rumah yang lain. Bilik terutama bilik tidur harus lebih menampakkan keselesaan kepada Si Pemilik bilik itu sendiri.
Walaupun ruangan bilik tampak kemas, tidak lengkap jikalau bilik tidak berbau harum. Mahukah bilik anda kelihatan harum sepanjang masa? Haruman yangt paling manfaat dan baik untuk kesihatan adalah haruman berasaskan aromaterapi. Aromaterapi bukan sahaja dapat mencipta suasana yang tenang dan selesa, malah ia meningkatkan semangat dan mood si empunya bilik. Bauan aromaterapi yang meresap di segenap ruang bilik memberikan kesan paling ketara untuk mengimbangi emosi kita dan boleh digunakan untuk mendapatkan ketenangan, melegakan tekanan dan membaiki mental kita.
Untuk mendapatkan kamar mandi dan tidur berbau harum, anda boleh gunakan burner atau diffuser dengan beberapa titik pati minyak aromaterapi seperti geranium, jasmine, atau lavender. Bauan ini dikatankan baik untuk menjadikan bilik anda satu tempat releks yang paling baik.
Apa yang anda perlu buat, hanyalah berbaring di ruangn bilik atau lebih tepat di kamar tidur dengan menghidu bauan aromaterapi seperti disaat anda menjalani rawatan spa..
No comments:
Post a Comment