Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Showing posts with label urutan badan. Show all posts
Showing posts with label urutan badan. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Minyak Urutan Aromaterapi (Massage Oil)

Minyak Urutan Aromaterapi
Captivating
Direka khusus untuk mencapai kesihatan yang optimum dengan meningkatkan peredaran darah yang lemah, membantu melegakan otot-otot yang tegang, merangsang badan, meningkatkan semangat mental dan melegakan keletihan.

Rejuvenating
Direka khusus untuk meremajakan diri, mengimbangi sistem saraf, mengurangkan masalah kerisauan dan tekanan perasaan. Gunakan minyak ini untuk mendapatkan ketenangan yang mendalam dan ketika meditasi

Stress Relief
Direka khusus untuk melegakan dan mengurangkan ketegangan dan kerisauan. Ia adalah juga satu campuran hebat untuk meditasi. Baunya yang melegakan amat sesuai untuk mengatasi tekanan dalam kehidupan seharian.

Refreshing
Direka khusus untuk menyegarkan minda dan badan disamping menenangkan jiwa. Baunya amat hebat untuk meningkatkan tenaga fizikal dan emosi dan berguna sebagai penyahtoksin.

Soothing
Direka khusus bagi membantu menyembuhkan dan memberi tenaga kepada otot-otot dan sendi-sendi yang tegang. Ia sangat berkesan untuk melegakan kesakitan dan ketegangan. Bau ini amat menenangkan.

Sensual
Direka dengan bauan yang lembut, dengan campuran bau menggoda untuk para pasangan. Mengandungi aphrodiasiak semulajadi yang memberi manfaat untuk lelaki dan wanita. Bau ini adalah hebat untuk melegakan tekanan dan keletihan.

Tempahan : KLIK SINI

Wednesday, July 29, 2009

Urutan Badan Dengan Aromaterapi

Teknik Urutan Badan

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia.

Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.


FAKTA: Faedah urutan

-Menyingkirkan lebihan toksin badan.
-Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
-Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
-Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
-Melancarkan sistem pencernaan.
-Membentuk badan.
-Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
-Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental

Sumber: Oleh Norakmah Mat Youb