Di kala kebosanan mula menyergah tirai kehidupan suami isteri, bangkitkanlah ghairah anda berdua dengan aromaterapi. Aromaterapi dapat dijadikan sebagai alternatif untuk menceriakan kembali hubungan anda dan pasangan anda. Apabila terlalu banyak berfikir dan juga kesibukan kehidupan rutin membuatkan hubungan suamu isteri menjadi renggang. Apalagi apabila kedua-duanya sibuk. Satu cara yang dapat mewarnai hubungan yang renggang adalah dengan menggunakan aromaterapi pembagkit ghairah yang diyakini dapat membantu membangkitkan ghairah seksual.
Terapi ini telah dikenali sejak ratusan tahun. Selain untuk memelihara kesegaran tubuh, aromaterapi juga digunakan ntuk merawat infeksi atau memperbaiki kulit bekas-bekas jerawat atau gigitan serangga. Disamping itu juga, aromaterapi baik untuk fikiran dan juga perasaan. Selain boleh memulihkan semangat, sekaligus mampu menyegarkan jiwa raga terutamanya untuk membangkitkan ghairah seksual yang terpendam. Dengan bantuan minyak pati murni atau essential oil yang berasal dari bunga, biji, batang dan daun memberikan terapi kepada yang memerlukan. Terapi ini adalah bebas dari campuran bahan kimia.
Pada dasarnya aromaterapi dapat membangkitkan ghairah seks dengan dua cara.
- Cara pertama adalah melalui aroma yang dibakar menggunakan burner dan pengewapan air yang hangat. Bauan aromaterapi yang masuk ke dalam otak akan mempengaruhi bahagian-bahagian otak yang befungsi untuk mengkoordinasikan pembangkit ghairah seksual seseorang individu.
- Cara kedua adalah melauli teknik urutan. Teknik urutan mampu membangkitkan ghairah anda dan pasangan anda terutama dengan sentuhan lebut jari-jemari yang membelai lembut tubuh anda terutama dititik-titik ghairah anda..SENSUAL SET adalah sesuai bagi pembangkit ghairah anda.
Tidak kurang juga dengan menghirup wap dari beberapa haruman aromaterapi di dalam bekas air panas. Cara ini amat berkesan untuk membersihkan dan memberi rasa nyaman kepada fikiran dan perasaan. Aroma pembangkit ghairah akan masuk kedalam pembuluh darah dan terus keotak. Untuk hasil yang lebih baik, minyak pati (EO) pembangkit ghairah misalnya yasmin dan patchouli, harus dicampurkan dengan minyak pati lain (EO) yang khasiatnya mampu memberi kesegaran yang berpanjangan, menghilangkan rasa lelah dan memberi semangat seperti orange dan mandarin. Kombinasi ini dapat memaksimakan hasil yang ingin dicapai iaitu rasa ghairah yang muncul bersama kesegaran dan semangat. Tiada guna seandainya kita berasa ghairah tetapi kita tidak bersemangat.
Adalah lebih baik jika aromaterapi ini dimulakan dengan perawatan spa atau urutan yang mengendurkan otot-otot yang kaku dan lesu. Ini kerana bahagian ynag diurut sering mengalami sengal-sengal dan tegang seperti perut, punggung, leher, paha dan kaki. Rawatan sebegini cukup bagus dan kuat kerana rasa ghairah akan lebih ,mudah dibangkitkan.
Kembalikan semula ghairah anda dan pasangan anda dengan SENSUAL SET...
Dapatkan SENSUAL SET dari kami..Hubungi kami di aromasutra@yahoo.com untuk dapatkan SENSUAL SET..
No comments:
Post a Comment