Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Thursday, May 21, 2009

Apa itu Aromaterapi


Istilah aromaterapi sebenarnya terdiri daripada dua perkataan yang membawa maksud yang amat besar. Perkataan Aroma adalah membawa maksud Bauan atau haruman, manakala Terapi adalah membawa maksud rawatan. Aromaterapi merupakan perawatan menggunakan bauan atau haruman semulajadi. Aromaterapi itu sendiri adalah terapi yang menggunakan pati mianyak bunga-bungaan dan tumbuhan untun membantu memperbaiki kesihatan, membangkitkan semangat, membangkitkan keghairahan, menenangkan jiwa dan merangsang proses penyembuhan.

Bagaimanakah Aromaterapi Berfungsi?

Menurut Dr. Alan Huck (Pakar Neurology Psikiatri dari pusat penelitian deria dan rasa di Chicago), bau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap otak manusi. Di dapati bahawa hidung kita berkemampuan untuk menagkap lebih daripada 100000 bau yang terdapat dipersekitaran kita. Ia berlaku tanpa kita sedari.

Bauan tersebut akan mempengaruhibahagian otak yang berkaitan dengan mood (suasana), emosi, ingatan dan pembelajara. Misalnya, dengan menghirup aroma Lavender, ia akan meningkatkan gelombang-gelombang alfa di dalam otak dan gelombang inilah yang akan membantu kita untuk berasa releks dan tenang.

Terdapat banyak teori yang menerangkan bagaimana aromaterapi boleh berfungsi.

  1. Minyak diserap melalui kulit dan dialirkan melalui darah.Pengaliran darah ke seluruh tubuh akan memberi kesan kepada organ-organ tertentu ataupun fungsi badan. Pakar-pakar terapi menyatakan bahawa terdapat banyak minyak pati yang mempunyai satu kesan anti-radang, yang boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis dan kesakitan otot. Minyak lain boleh membantu dengan masalah pernafasan atau menghalang atau menghalau jangkitan dengan membantu meningkatkan sistem imun anda.
  2. Berkaitan dengan dengan deria bau anda. Apabila menghidu sesuatu bau,bau tersebut akan terus berhubung dengan otak. Makanan, bunga-bunga, wangian dan tananam membebaskan molekul-molekul kecil kepada udara dan merangsang sel-sel saraf bau anda (olfaktori). Sel-sel itu menghantar satu pesanan untuk otak anda untuk menafsirkan bau tersebut. Kemudian, bau tersebut akan bertindak balas di dalam badan secara fizikal dan emosi. Contohnya, bau boleh mengubah kadar penafasan dan membuat anda berasa tenang atau teruja. Oleh kerana minyak pati boleh merangsang deria hidu anda, jadi ini adalah salah satu proses yang penting dalam aromaterapi.

Walaupun kita tidak berapa pasti, mana-mana kesan perubatan dari aromaterapi kebanyakkannya seperti adalah dari kombinasi kesan fizikal minyak ke atas badan (bau dan serapan ke dalam darah),sebagaimana mereka berkesan ke atas minda dan semangat anda

Hubungi saya untuk dapatkan produk SUTRA:

017-3058353 @ 013-6002842

aromasutra@yahoo.com

No comments:

Post a Comment