Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Showing posts with label aromaterapi soap. Show all posts
Showing posts with label aromaterapi soap. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Body Handmade Soap Aromatherapy

Dapatkan rangkaian Body Soap Aromatherapy Sutra..diadun khas dengan menggunakan beberapa pati minyak 100% tulen bagi mendapatkan tubuh yang tenang dan sihat serta releks.



Didatangkan dengan pelbagai haruman mengikut kesesuaian pengguna..
Dapatkan produk Body Handmade Soap Aromaterapy sekarang daripada pengedar berdekatan.
atau hubungi saya untuk tempahan

Cik Anne 013-6002842

Thursday, July 16, 2009

AROMATERAPI ATASI TEKANAN

3Juta Rakyat Malaysia Sakit Mental?

SUNGAI PETANI, 22 Nov 2007 (Bernama) -- Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun. "Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidakstress mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.

Chua berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.

"Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh," kata beliau.

Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.

Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikiatri kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa."Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila' dan ini menyebabkan kursus perubatan psikiatri tidak begitu popular sehingga sekarang," kata beliau.

Katanya, setakat ini cuma terdapat 145 orang pakar psikiatri dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikiatri. Chua berkata, sehubungan itu kerajaan mahu usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dipertingkatkan.

AROMATERAPI MEMBANTU PELAJAR? BAGAIMANA?

Daripada artikel di atas, dapat kita simpulkan bahawa golongan pelajar tidak terkecuali daripada terkena tekanan hidup. Contoh-contoh yang dapat kita petik dari artikel tersebut seperti: "Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat," kata Menteri Kesihatan pada masa itu, Dr Chua Soi Lek kepada pemberita. Jadi bayangkan tekanan hidup yang dihadapi oleh para remaja sekalian terutamanya para pelajar.

Terdapat juga para pelajar yang tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri. Bukankah perkara ini amat membimbangkan dan sekiranya berlanjutan kemungkinan kita akan kehilangan ramai pelajar yang berpotensi menjadi tunggak kepada negara di masa akan datang.

Apa pula fungsi aromaterapi dalam mengatasi tekanan pelajar? Daripada perkataan aromaterapi itu sendiri dapat kita memahami bahawa aromaterapi adalah salah satu terapi tekanan dengan menggunakan aroma. Tahukah anda bauan aromaterapi mampu memberi ketenangan kepada anda sekaligus membantu anda mengatasi tekanan dan mengelakkan anda daripada terkena pelbagai penyakit yang akan memudaratkan anda. Tahukah anda sekiranya penyakit mental yang dialami berpanjangan ianya akan memberi kesan kepada kesihatan dan peluang untuk anda terkena penyakit-penyakit berikut adalah besar seperti:

1. Barah Perut
2. Penyakit kardiovaskular
3. Saluran koronari jantung
4. Pendarahan
5. Keadaan berkait dengan otot

Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): "Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan."

Aromaterapi yang mempunyai kandungan minyak pati berikut membantu anda sebagai pelajar:

1. Lavender: Menenangkan dan mengurangkan tegangan

Sememangnya bauan lavender sangat mendamaikan serta memberi perasaan tenang dan mengatasi tegangan yang dialami. Sebagaimana yang kita tahu, minyak pati Lavender selalu digunakan sebagai minyak wangi dan kini juga boleh digunakan untuk aromaterapi. Bauannya yang lembut memberi perasaan tenang dan damai kepada pemakai. Ianya mengurangkan kesakitan sakit kepala apabila dihidu bauannya menggunakan diffuser ataupun disapukan terus ke kulit anda.

2. Rosemary: Mengasah dan merangsang minda

Michales Scholes dari pusat Pengajian Kajian Aromatic Michales Scholes berpendapat samada secara sendirian atau bercampur bersama, lavender, chamomile, peppermint, spearmint dan rosemary membolehkan seseorang itu relaks serta menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati asid karnosik yang terdapat dalam Rosemary mampu menurunkan risiko penyakit seperti alzheimer dan strok.

3. Geranium: mengatasi stress

Minyak pati geranium biasanya diperolehi hasil pengekstrakan daunnya yang mengandungi anti-bakteria, anti-tekanan, anti-virus, anti-radang, menenangkan, mengimbangi dan merangsang tubuh supaya kekal sihat.
Ciri-ciri dan Menggunakan: Astringen, stiptik. Akar geranium baik untuk penggunaan dalaman dan luaran. Secara dalaman, ia berguna untuk sakit seperti cirit-birit dan pendarahan dalaman. Ia juga baik untuk dijadikan ubat pencuci mulut yang baik, berkumur dan sakit tekak, masalah gusi, dan kerongkong dan sakit mulut. Serbuk geranium adalah satu pembeku darah yang efektif

4. Clary Sage: Ketenangan
Minyak pati clary sage digunakan sebagai anti-stress, pewangi badan yang mengandungi antiseptik, membantu pencernaan, dan sebagai sedatif.

Kebaikan dan kegunaan:
  • Mengatur perjalanan haid.
  • Melegakan sakit kepala, kejang haid, kelahiran, dan asma.
  • Ia boleh memudahkan keregangan dalam dada untuk membantu dalam rawatan bronkitis. Merangsang kulit kepala dan boleh digunakan untuk keguguran rambut dan menyegarkan untuk kulit kepala.
  • Melegakan tekanan darah lebih rendah, yang membuat ia berguna untuk insomnia, histeria, kebimbangan, kebimbangan, dan takut. Nyata sifat-sifat menenangkan dan mengangkat patut diingat bila berurusan dengan ketagihan, penyakit saraf, kesalahan, bakar hapus, dan mimpi ngeri.

5. Sandalwood: insomnia dan ketegangan

Tindakan dan kegunaan
Digunakan untuk perubatan dalaman dalam penyakit bronchitis yang kronik,gonorea dan lain-lain. Ia banyak digunakan seperti minyak wangi.
Kebaikan Aroma: aphrodisiac, meredakan, tumpuan, keletihan, menenangkan, tekanan.
Kegunaan Unik: tarikan, rahmat, kekudusan, pengusiran, penyembuhan, cinta, meditasi, perlindungan, penulenan dan kerohanian
Kegunaan Fizikal: jerawat, antifungal, antiradang, antiseptic, antipasmodik, antivirus, astrigen, insomia, kulit normal, pelembab kulit, meningkatkan imunisasi, rambut kering, kulit kering, diuretic, kurangkan ketagihan dadah dll

6. Juniper Berry : Mengatasi tekanan dan perasaan marah

Ciri-ciri Terapeutik
* Anti-jangkitan
* Anti-Radang
* Anti sengal - mencegah dan / atau melegakan kesakitan reumatik kronik dan pembengkakan
* Memberikan kesan 'rubifacient'(menghasilkan tempat peningkatan dalam aliran darah dan edaran oleh perengsaan kulit, akan mengurangkan kesakitan dan pembengkakan), ia bukan untuk gejala-gejala tirus, analgesic, atau pemanasan
* Antiseptik - membantu dalam membunuh kuman / jangkitan-jangkitan
* Antispasmodic - melegakan kekejangan dan menyempit, menyahtoksikkan
* Astringent - merapatkan tisu, merangsang sistem peredaran dalam badan
* Diuretic - membantu dalam pengurangan cecair-cecair, ubat sistem saraf
* Warming

Sifat-sifat emosional dan tenaga
• Membersihkan dan melindungi
• Membuang kuasa-kuasa negatif
• Berguna bila rasa dibebani atau
• Melegakan kerisauan dan pemikiran negatif


7. Sweet Marjoram: Mengurangkan keletihan

Rangkaian minyak pati aromaterapi dari Tropical Bioessence membantu anda mengatasi stress yang terdiri daripada bauan cajeputi (daun gelam), Citrus Lime, Cinnamon leaf daun kayu manis), Patchouli (nilam), citronella (Serai wangi) dan lavender.

Berikut merupakan minyak pati yang digunakan untuk mengatasi masalah yang berkait rapat dengan tekanan. Minyak pati banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang banyak terdedah kepada tekanan seperti di bawah:

1. Marah, Keletihan: Basil, bergamot, chamomile, clary sage, cypress, frankincense, geranium, hyssop, jasmine, juniper, lavender, marjoram, melissa, neroli, ylang-ylang

2. Ketegangan: Basil, clary sage, grapefruit, jasmine, lavender, melissa, neroli, rose, sandalwood, vetiver, ylang-ylang

3. Masalah sukar tidur(Insomnia): Basil, chamomile, lavender, mandarin, marjoram, melissa, neroli, petitgrain, rose, sandalwood, thyme, ylang-ylang

4. Perasaan gelisah: Basil, cinnamon, citronella, coriander, ginger, grapefruit, hyssop, jasmine, lavender, lemon grass, peppermint, nutmeg, rosemary, ylang-ylang

5. Tekanan yang melampau: Basil, bergamot, cedarwood, chamomile, cinnamon, frankincense, geranium, jasmine, lavender, marjoram, melissa, neroli, palmarosa, rosemary, vetiver, ylang-ylang


Jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan aromaterapi kerana ianya banyak membantu dari segi kesihatan kepada anda sebagai pelajar.

Monday, June 8, 2009

PAKEJ RAKAN SUTRA

Ingin Berniaga Tetapi Tak Cukup Modal?

Di sini ada penyelesaiannya..
Kami menawarkan Pakej RAKAN SUTRA dengan hanya RM188 sahaja...
Terdapat 4 pakej Rakan SUTRA yang anda boleh pilih iaitu:

PAKEJ 1
1.Handmade Aromatherapy Soap (8 jenis)
2.Roll On Perfume (6 jenis)

PAKEJ 2
1.Massage Oil (1 unit )
2.Pure Essential Oil (Citronella) (1 unit)
3.Therapeutic Massage Grade Oil (1 unit)
4.Foot & Bath Salt (1 unit)
5.Handmade Aromatherapy Soap (1 unit)
6.Roll On Perfume (2 unit)

PAKEJ 3
1.Massage Oil (1 Unit)
2.Pure Essential Oil (Lavender) (1 Unit)
3.Foot & Bath Salt (1 Unit)
4.Handmade Aromatherapy Soap (2 Unit)
5.Roll On Perfume (1 Unit)

PAKEJ 4
1.Massage Oil (1 Unit)
2.Blended Essential Oil (Sensual / Romance) (1 Unit)
3.Foot & Bath Salt (1 Unit)
4.Handmade Aromatherapy Soap (2 Unit)
5.Roll On Perfume (1 Unit)

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya untuk tempahan atau mendaftar.
CIK ANN 017-3058353 / 013-6002842
email: aromasutra@yahoo.com

Thursday, May 28, 2009

RAKAN SUTRA

RAKAN SUTRA MENANTI ANDA DENGAN HANYA RM188.....

Rakan Sutra adalah orang yang berminat untuk menjual produk Sutra secara sambilan menggunakan katalog yang akan disediakan dalam Pakej Rakan Sutra ini. Setelah menjadi Rakan Sutra, Rakan Sutra akan mendapat:

1. 8 jenis Aromatherapy Handmade Soaps
2. 6 jenis Roll On Perfume
3. Kad keahlian(Membership Card) di mana kad keahlian haruslah diperbaharui setiap 1 tahun.
4. Katalog produk.

SUTRA SHOPPE/SUTRA POINT yang memperkenalkan ahli RAKAN SUTRA yang baru akan mendapat komisen sebanyak RM50.00 dari kami bagi setiap ahli RAKAN SUTRA yang diperkenalkan.

MENGAPA ANDA PERLU MENJADI RAKAN SUTRA?

Dengan menjadi RAKAN SUTRA, TBE akan memberi kelebihan-kelebihan kepada RAKAN SUTRA iaitu:

1. Katalog produk Sutra

Setiap RAKAN SUTRA akan berpeluang mendapat katalog produk kami yang akan digunakan untuk mempromosikan produk kami kepada pelanggan. (Perniagaan Katalog)

2. Diskaun servis dari SPA, Butik kecantikan dan Salon yang berdaftar dengan kami sebanyak 10%.

Sekiranya SUTRA POINT/RAKAN SUTRA mempunyai Salun, Spa, atau Butik Kecantikan, boleh mendaftar di bawah kami dan kami akan senaraikan Spa, salun atau Butik Kecantikan tersebut di laman web kami di www.sutraessential.com .

Sekiranya RAKAN SUTRA-RAKAN SUTRA berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di spa, salun dan butik kecantikan, mereka akan mendapat diskaun harga 10% dengan menunjukkan kad keahlian mereka.

SUTRA POINT/RAKAN SUTRA yang mendaftarkan spa, salun atau butik kecantikan mereka itu, akan mendapat kelebihan di mana perniagaan mereka akan mendapat perhatian RAKAN SUTRA-RAKAN SUTRA yang berminat mendapatkan perkhidmatan dengan menggunakan kad keahlian yang dipamerkan. Jadi kepada pemilik-pemilik Spa, butik kecantikan dan salun, inilah peluang anda untuk mempromosikan perniagaan anda di dalam rangkaian RAKAN SUTRA yang berdaftar di bawah kami. Bayangkan keuntungan anda sekiranya ramai RAKAN SUTRA yang akan mendapatkan perkhidmatan dan produk anda selepas ini!!

3. Diskaun setiap produk SUTRA sebanyak 10% untuk pembelian seterusnya

Kami juga menawarkan potongan harga 10% untuk pembelian produk Sutra seterusnya dari RAKAN SUTRA. Anda berpeluang mendapatkan produk kami dengan harga yang murah.

4. Jaminan kesihatan lebih baik melalui penggunaan produk kami.

Di samping anda menjual, anda juga berpeluang menjaga kesihatan anda dengan lebih baik melalui penggunaan produk kami kerana aromaterapi adalah salah satu rawatan alternatif bagi rawatan penyakit.

BANYAK LAGI KELEBIHAN LAIN SEPERTI:
1. Percutian untuk SUTRA GROUP.
2. Aktiviti Family Day bagi SUTRA GROUP setiap 6 bulan sekali.
3. Perjumpaan dengan semua SUTRA GROUP setiap 6 bulan.


Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya di talian:
CIK ANN 017-3058353
Email: aromasutra@yahoo.com

Thursday, May 21, 2009

SUTRA AROMATERAPI

SUTRA membawa maksud penyatuan antara tubuh dan jiwa dengan menggunakan aromaterapi. Kami menciptakan ketenangan dengan produk yang seimbang untuk keperluan anda, sesuai untuk gaya hidup yang sihat dan moden. Produk-produk kami dirumus khas menggunakan hanya 100% minyak yang tulen, memberikan aromaterapi yang bermanfaat untuk minda, tubuh dan semangat anda.

RANGKAIAN PRODUK SUTRA
  • Sutra Essential Oil

  • Sutra Blended Essentiol Oil

  • Sutra Massage Oil

  • Sutra Therapeutic Grade Massage Oil

  • Sutra Foot and Bath Salts

  • Sutra Handmade Aromatherapy Soap

  • Sutra Roll On Perfume

  • Sutra Aromatherapy Shower Gel

  • Sutra Aromatherapy Shampoo