Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Showing posts with label serai wangi. Show all posts
Showing posts with label serai wangi. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Serai Wangi: Citronela

Serai Wangi (Cymbopogon nardus)

Nama Tempatan: Serai Wangi
Nama Saintifik: Cymbopogon nardus
Nama Lain: citronella
Famili: Poaceae

Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Kegunaan:

* menghalau semut, anai-anai, lipas, serangga perosak dan tikus
* hilangkan bau busuk
* sebagai pencuci lantai
* sebagai penyegar bilik
* anti-bakteria
* menanggalkan kotoran degil & kesan minyak

Thursday, July 16, 2009

AROMATERAPI ATASI TEKANAN

3Juta Rakyat Malaysia Sakit Mental?

SUNGAI PETANI, 22 Nov 2007 (Bernama) -- Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun. "Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidakstress mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.

Chua berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.

"Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh," kata beliau.

Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.

Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikiatri kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa."Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila' dan ini menyebabkan kursus perubatan psikiatri tidak begitu popular sehingga sekarang," kata beliau.

Katanya, setakat ini cuma terdapat 145 orang pakar psikiatri dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikiatri. Chua berkata, sehubungan itu kerajaan mahu usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dipertingkatkan.

AROMATERAPI MEMBANTU PELAJAR? BAGAIMANA?

Daripada artikel di atas, dapat kita simpulkan bahawa golongan pelajar tidak terkecuali daripada terkena tekanan hidup. Contoh-contoh yang dapat kita petik dari artikel tersebut seperti: "Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat," kata Menteri Kesihatan pada masa itu, Dr Chua Soi Lek kepada pemberita. Jadi bayangkan tekanan hidup yang dihadapi oleh para remaja sekalian terutamanya para pelajar.

Terdapat juga para pelajar yang tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri. Bukankah perkara ini amat membimbangkan dan sekiranya berlanjutan kemungkinan kita akan kehilangan ramai pelajar yang berpotensi menjadi tunggak kepada negara di masa akan datang.

Apa pula fungsi aromaterapi dalam mengatasi tekanan pelajar? Daripada perkataan aromaterapi itu sendiri dapat kita memahami bahawa aromaterapi adalah salah satu terapi tekanan dengan menggunakan aroma. Tahukah anda bauan aromaterapi mampu memberi ketenangan kepada anda sekaligus membantu anda mengatasi tekanan dan mengelakkan anda daripada terkena pelbagai penyakit yang akan memudaratkan anda. Tahukah anda sekiranya penyakit mental yang dialami berpanjangan ianya akan memberi kesan kepada kesihatan dan peluang untuk anda terkena penyakit-penyakit berikut adalah besar seperti:

1. Barah Perut
2. Penyakit kardiovaskular
3. Saluran koronari jantung
4. Pendarahan
5. Keadaan berkait dengan otot

Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): "Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan."

Aromaterapi yang mempunyai kandungan minyak pati berikut membantu anda sebagai pelajar:

1. Lavender: Menenangkan dan mengurangkan tegangan

Sememangnya bauan lavender sangat mendamaikan serta memberi perasaan tenang dan mengatasi tegangan yang dialami. Sebagaimana yang kita tahu, minyak pati Lavender selalu digunakan sebagai minyak wangi dan kini juga boleh digunakan untuk aromaterapi. Bauannya yang lembut memberi perasaan tenang dan damai kepada pemakai. Ianya mengurangkan kesakitan sakit kepala apabila dihidu bauannya menggunakan diffuser ataupun disapukan terus ke kulit anda.

2. Rosemary: Mengasah dan merangsang minda

Michales Scholes dari pusat Pengajian Kajian Aromatic Michales Scholes berpendapat samada secara sendirian atau bercampur bersama, lavender, chamomile, peppermint, spearmint dan rosemary membolehkan seseorang itu relaks serta menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati asid karnosik yang terdapat dalam Rosemary mampu menurunkan risiko penyakit seperti alzheimer dan strok.

3. Geranium: mengatasi stress

Minyak pati geranium biasanya diperolehi hasil pengekstrakan daunnya yang mengandungi anti-bakteria, anti-tekanan, anti-virus, anti-radang, menenangkan, mengimbangi dan merangsang tubuh supaya kekal sihat.
Ciri-ciri dan Menggunakan: Astringen, stiptik. Akar geranium baik untuk penggunaan dalaman dan luaran. Secara dalaman, ia berguna untuk sakit seperti cirit-birit dan pendarahan dalaman. Ia juga baik untuk dijadikan ubat pencuci mulut yang baik, berkumur dan sakit tekak, masalah gusi, dan kerongkong dan sakit mulut. Serbuk geranium adalah satu pembeku darah yang efektif

4. Clary Sage: Ketenangan
Minyak pati clary sage digunakan sebagai anti-stress, pewangi badan yang mengandungi antiseptik, membantu pencernaan, dan sebagai sedatif.

Kebaikan dan kegunaan:
  • Mengatur perjalanan haid.
  • Melegakan sakit kepala, kejang haid, kelahiran, dan asma.
  • Ia boleh memudahkan keregangan dalam dada untuk membantu dalam rawatan bronkitis. Merangsang kulit kepala dan boleh digunakan untuk keguguran rambut dan menyegarkan untuk kulit kepala.
  • Melegakan tekanan darah lebih rendah, yang membuat ia berguna untuk insomnia, histeria, kebimbangan, kebimbangan, dan takut. Nyata sifat-sifat menenangkan dan mengangkat patut diingat bila berurusan dengan ketagihan, penyakit saraf, kesalahan, bakar hapus, dan mimpi ngeri.

5. Sandalwood: insomnia dan ketegangan

Tindakan dan kegunaan
Digunakan untuk perubatan dalaman dalam penyakit bronchitis yang kronik,gonorea dan lain-lain. Ia banyak digunakan seperti minyak wangi.
Kebaikan Aroma: aphrodisiac, meredakan, tumpuan, keletihan, menenangkan, tekanan.
Kegunaan Unik: tarikan, rahmat, kekudusan, pengusiran, penyembuhan, cinta, meditasi, perlindungan, penulenan dan kerohanian
Kegunaan Fizikal: jerawat, antifungal, antiradang, antiseptic, antipasmodik, antivirus, astrigen, insomia, kulit normal, pelembab kulit, meningkatkan imunisasi, rambut kering, kulit kering, diuretic, kurangkan ketagihan dadah dll

6. Juniper Berry : Mengatasi tekanan dan perasaan marah

Ciri-ciri Terapeutik
* Anti-jangkitan
* Anti-Radang
* Anti sengal - mencegah dan / atau melegakan kesakitan reumatik kronik dan pembengkakan
* Memberikan kesan 'rubifacient'(menghasilkan tempat peningkatan dalam aliran darah dan edaran oleh perengsaan kulit, akan mengurangkan kesakitan dan pembengkakan), ia bukan untuk gejala-gejala tirus, analgesic, atau pemanasan
* Antiseptik - membantu dalam membunuh kuman / jangkitan-jangkitan
* Antispasmodic - melegakan kekejangan dan menyempit, menyahtoksikkan
* Astringent - merapatkan tisu, merangsang sistem peredaran dalam badan
* Diuretic - membantu dalam pengurangan cecair-cecair, ubat sistem saraf
* Warming

Sifat-sifat emosional dan tenaga
• Membersihkan dan melindungi
• Membuang kuasa-kuasa negatif
• Berguna bila rasa dibebani atau
• Melegakan kerisauan dan pemikiran negatif


7. Sweet Marjoram: Mengurangkan keletihan

Rangkaian minyak pati aromaterapi dari Tropical Bioessence membantu anda mengatasi stress yang terdiri daripada bauan cajeputi (daun gelam), Citrus Lime, Cinnamon leaf daun kayu manis), Patchouli (nilam), citronella (Serai wangi) dan lavender.

Berikut merupakan minyak pati yang digunakan untuk mengatasi masalah yang berkait rapat dengan tekanan. Minyak pati banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang banyak terdedah kepada tekanan seperti di bawah:

1. Marah, Keletihan: Basil, bergamot, chamomile, clary sage, cypress, frankincense, geranium, hyssop, jasmine, juniper, lavender, marjoram, melissa, neroli, ylang-ylang

2. Ketegangan: Basil, clary sage, grapefruit, jasmine, lavender, melissa, neroli, rose, sandalwood, vetiver, ylang-ylang

3. Masalah sukar tidur(Insomnia): Basil, chamomile, lavender, mandarin, marjoram, melissa, neroli, petitgrain, rose, sandalwood, thyme, ylang-ylang

4. Perasaan gelisah: Basil, cinnamon, citronella, coriander, ginger, grapefruit, hyssop, jasmine, lavender, lemon grass, peppermint, nutmeg, rosemary, ylang-ylang

5. Tekanan yang melampau: Basil, bergamot, cedarwood, chamomile, cinnamon, frankincense, geranium, jasmine, lavender, marjoram, melissa, neroli, palmarosa, rosemary, vetiver, ylang-ylang


Jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan aromaterapi kerana ianya banyak membantu dari segi kesihatan kepada anda sebagai pelajar.

Friday, May 29, 2009

Pure Essential Oil

CINNAMON OIL (KAYU MANIS)
CINNAMON PURE ESSENTIAL OIL
Membantu melawan keletihan, stress, rasa lemah. Anda pasti tenang, dan stress anda akan hilang. Ianya juga sangat baik untuk membantu proses pencernaan, memberi kelegaan kepada otot dan sakit sendi seperti sengal-sengal dan membantu melancarkan perjalanan darah.

CARA PENGGUNAAN:

Mandian:
Cuba berendam dalam tab mandi yang telah dicampur dengan maksimum 8 titik minyak cinnamon dan berendam selama 10-15minit.

Sengal & sakit otot:
Cuma campurkan 5 titik citronella dengan 5 ml carrier oil (lazimnya grapeseed, minyak bunga matahari) dan urut pada bahagian yang sengal dan sakit.


CITRONELLA (SERAI WANGI)
CITRONELLA PURE ESSENTIAL OIL
Memberi rasa ketenangan, serta rangsangan minda. Membersihkan udara kotor (bakteria)di dalam bilik dan membantu melegakan demam dan selesema. Sangat baik untuk mengatasi sengal-sengal, mengurangkan kulit berminyak dan kaki bepeluh. Bagus untuk mengatasi gangguan dan gigitan nyamuk dan serangga.

CARA PENGGUNAAN:

Bau di dalam bilik:
Letakkan citronella di dalam bekas diffuser dan biarkan baunya di dalam bilik ataupun letakkan 1-9 titik citronella di dalam bekas yang ada air panas. Tutup pintu dan tingkap dan biarkan aroma selama 5 minit di dalam bilik anda.

Demam & selesema:
Masukkan air panas didalam bekas, masukkan 2-3 titik minyak citronella, tutup kepala dengan tuala dan duduk menghadap bekas tersebut dengan kepala anda kira-kira 10 inci daripada bekas tersebut. Bernafas dengan mendalam melalui hidung selama 1 minit.

Sengal-sengal:
Cuma campurkan 5 titik citronella dengan 5 ml carrier oil (lazimnya grapeseed, minyak bunga matahari) dan urut pada bahagian yang sengal.

Kulit berminyak:
Berendam di dalam tab mandi yang telah dicampur dengan maksimum 8 titik.

Kaki berpeluh:
Rendam kaki di dalam air suam bersama dengan 1-2 titik citronella.

Gangguan nyamuk:
Letakkan 1-6 titik minyak citronella di dalam bekas diffuser dan biarkan baunya di dalam bilik ataupun letakkan 1-9 titik citronella di dalam bekas yang ada air panas. Tutup pintu dan tingkap dan biarkan aroma selama 5 minit di dalam bilik anda.


CAJEPUTI OIL (DAUN GELAM)
CAJUPUT PURE ESSENTIAL OIL
Sangat baik untuk mengatasi masalah pencernaan dan masalah kulit. Ia mempunyai bau seperti tea tree. Ia membantu mengimbangi minda dan merangsang fikiran. Ia juga mempunyai cirri-ciri antiseptic untuk saluran penafasan dan melegakan sakit kepala, gout dan sakit sendi. Fungsinya adalah sama dengan minyak cap kapak. Ia membantu menghentikan darah akibat luka dan menyembuhkan luka dengan cepat.

CARA PENGGUNAAN:

Mandian:
Caranya dengan mandi atau berendam menggunakan maksimum 8 titik minyak cajeputi

Bilik:
Gunakan diffuser dengan 1-6 titik minyak cajeputi untuk menyebarkan bauan cajeputi di dalam bilik

Menghentikan darah dan menyembuhkan akibat luka:
Cuma sapukan sedikit sahaja cajeputi leaf pada bahagian yang luka dan ia akan mampu menyembuhkan dengan cepat.


PATCHOULI (NILAM)
PATCHOULI PURE ESSENTIAL OIL
Sangat baik untuk mengatasi masalah tekanan dan sangat effektif untuk meningkatkan syahwat. Baik untuk masalah kulit, membantu mengatasi jangkitan dan gigitan serangga. Berfungsi untuk meningkatkan aliran air kencing dan mengurangkan selulit. Minyak

CARA PENGGUNAAN:

Urutan:
Cuma campurka sedikit pathchouli dengan 5 ml carrier oil (lazimnya grapeseed, minyak bunga matahari) dan urut pada bahagian yang diingini.

Masalah kulit:
Berendam di dalam tab mandi dengan sedikit minyak patchouli dan anda pasti mendapat kulit yang lebih anjal dan menghilangkan kesan calar.

NOTA: Patchouli essential oil mempunyai bauan yang sangat kuat dan disarankan digunakan dalam kuantiti yang sedikit.


CITRUS LIME (LIMAU KASTURI)
CITRUS LIME PURE ESSENTIAL OIL
Sangat baik untuk menghilangkan tekanan, kesedihan serta mampu melegakan demam. Memberi ketenangan dan melegakan demam. Membantu sistem pencernaan dan penafasan sert meningkatkan selera makan, melembutkan kulitdn mengurangkan maslah bengkak pada badan. Kulit juga akan lebih lembut dan masalah bengkak akan berkurang dengan menggunakan minyak citrus lime ini

PENGGUNAAN:

Bengkak:

Cuma berendam di dalam tab mandi dengan maksimum 8 titik minyak

Demam:
Masukkan air panas didalam bekas, masukkan 2-3 titik minyak citronella, tutup kepala dengan tuala dan duduk menghadap bekas tersebut dengan kepala anda kira-kira 10 inci daripada bekas tersebut. Bernafas dengan mendalam melalui hidung selama 1 minit.

Tingkat selera makan:
Berfungsi untuk meningkatkan selera makan, kerana bauannya meningkatkan hormon dan membuatkan anda berasa lapar. Jika anak anda mempunyai masalah kurang selera makan, cubalah minyak citrus lime ini.

Sistem pencernaan dan pernafasan:
Memasukkan 2-3 titik minyak citrus lime di dalam bekas berisi air panas, tutup kepala dengan tuala dan duduk menghadap bekas tersebut dengan kepala anda kira-kira 10 inci daripada bekas tersebut. Bernafas dengan mendalam melalui hidung selama 1 minit. Pernafasan anda akan lebih teratur selepas itu.


LAVENDER
LAVENDER PURE ESSENTIAL OIL
Minyak ini menawarkan rasa ketenangan dan kedamaian yang membantu menghilangkan rasa tekanan. Sangat baik sebagai ubat antiseptik yang membantu mengubati demam, selsema dan sebagainya. Ia juga mampu mengelakkan kesan calar dan mengimbangi kulit. Sangat berguna untuk sistem pencernaan dan sistem penafasan juga membantu melegakan otot yang letih dan sakit sengal-sengal.

PENGGUNAAN:

Kulit
:
Cuma berendam di dalam tab mandi dengan maksimum 8 titik minyak lavender. Berendam selama 10-15 minit di dalam tab mandi.

Penyakit asma:
Untuk penyakit asma, cuba letakkan air panas di dalam bekas dan letakkan 2-3 titik minyak lavender. Tutup kepala dengan dengan tuala dan duduk menghadap bekas tersebut dengan kepala anda kira-kira 10 inci daripada bekas tersebut. Bernafas dengan mendalam melalui hidung selama 1 minit. Pernafasan anda akan lebih teratur selepas itu.

Otot dan sakit sengal-sengal:
Cuma campurkan 5 titik minyak lavender dengan 5 ml carrier oil (lazimnya grapeseed, minyak bunga matahari) dan urut pada bahagian yang dingini.