Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Monday, July 27, 2009

Serai Wangi: Citronela

Serai Wangi (Cymbopogon nardus)

Nama Tempatan: Serai Wangi
Nama Saintifik: Cymbopogon nardus
Nama Lain: citronella
Famili: Poaceae

Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Kegunaan:

* menghalau semut, anai-anai, lipas, serangga perosak dan tikus
* hilangkan bau busuk
* sebagai pencuci lantai
* sebagai penyegar bilik
* anti-bakteria
* menanggalkan kotoran degil & kesan minyak

No comments:

Post a Comment