Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Thursday, July 23, 2009

SUTRA RELAXING SET

SUTRA RELAXING SET

SUTRA RELAXING

Berasa tertekan, migrain, sakit kepala dan letih?
Jangan risau, kami ada set produk untuk anda melawan keletihan yang dapat melonggarkan otot-otot yang letih disamping menyegarkan tubuh anda.

Kurang Rehat?....

SUTRA RELAXING dapat memberikan rehat yang cukup...pasti akan menenangkan terutama fikiran anda... dengan bau-bauan aromaterapi yang menyegarkan akan mengalir ke otak dan menghasilkan minda yang sihat dan dapat menjana idea yang baik... Secara tidak langsung akan menyegarkan minda anda...

Lavender Pure Essential Oil:10ml
Calming Blended Essential Oil:10ml
Stress Relief Massage Oil:100ml
Pathchouli Aromatherapy Soap :80gm
Lavender Aromatherapy Soap:80gm
Soothe and relaxFoot and bath salts:250gm

KELEBIHAN: 100% HALAL & DIHASILKAN MENGGUNAKAN PATI MINYAK TUMBUHAN ASLI

Harga Normal: RM180.00
Harga Promosi: RM150.00

Sekiranya anda berminat untuk memiliki set diatas boleh hubungi saya di:
aromasutra@yahoo.com
Miss Ann 017-3058353
http://www.sutraessential.com/
http://www.sutraaromatherapy.blogspot.com

SUTRA ENERGIZING SET

SUTRA ENERGIZING SET

SUTRA ENERGIZ

Setelah seharian bekerja.... Pasti anda letih...Apa kata...ambil aromaterapi untuk ENERGIZING....Pasti bertenaga semula....

Ia sesuai untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang, melegakan tempat yang sakit dengan urutan massage oil di tempat yang sakit atau lenguh... penggunaan syampoo peppermint memberikan segar dengan rasa mint yang pasti menyegarkan kepala anda

Gabungan produk SUTRA ENERGIZING ini telah di kaji oleh pakar-pakar dalam bidang aromaterapi sebagai alternatif bagi perubatan moden dan keberkesanannya telah diperakui oleh saintis moden.

Cajeputi Pure Essential Oil:10ml
Energizing Blended Essential Oil:10ml
Rejuvenating Massage Oil:100ml
Lemongrass Aromatherapy Soap:80gm
Energizing Foot and bath salts: 250ml
Peppermint Syampoo:60ml

Harga Normal: RM155.00
Harga Promosi: RM130.00

Sekiranya anda berminat untuk memiliki set diatas boleh hubungi saya di:
aromasutra@yahoo.com
Miss Ann 017-3058353
http://www.sutraessential.com/
http://www.sutraaromatherapy.blogspot.com

SUTRA BEAUTY SET

SUTRA BEAUTY SET

SUTRA BEAUTY

Bagi wanita khususnya yang mementingkan kecantikan diri adalah digalakkan menggunakan set ini untuk mendapatkan kualiti kecantikan yang abadi dari dalam... Sesuai untuk anda yang ingin menjaga kesihatan dan penampilan diri. Set ini juga dicipta khas untuk meringankan ketegangan dan meningkatkan kecergasan setelah penat bertugas sepanjang hari.

Set ini membantu memberikan ketenangan pada badan dan mencerdaskan minda. Ia juga meningkatkan peredaran darah dalam badan. Kami menawarkan pati Lavender yang akan membantu anda menghilangkan tekanan dan menghilangkan kesan calar dan menjadikan kulit lebih sihat. Minyak urut yang ditawarkan dalam pakej ini apabila disapu pada kulit akan menjadikan kulit anda lebih lembut dengan bauan yang wangi.

Risaukan selulit anda?

Sila tinggalkan kerisauan anda pada kami dengan BEAUTY SET kerana minyak urut terapi akan membantu mengurangkan selulit dengan meningkatkan perjalanan darah dan menganjalkan kulit.

Pure Essential Oil (Lavender )
Massage Oil (Soothing)
Aromatherapy Soap (Pathchouli )
Therapeutic Massage Oil (Cellulite Free)
Foot and bath salts (Soothe and Relax)
Perfume (My Heart)

Harga Normal: RM215.00
Harga Promosi: RM180.00

Sekiranya anda berminat untuk memiliki set diatas boleh hubungi saya di:
aromasutra@yahoo.com
Miss Ann 017-3058353
http://www.sutraessential.com/
http://www.sutraaromatherapy.blogspot.com

SUTRA SENSUAL SET

Inginkan Set Lengkap Aromaterapi?
Set lengkap aromaterapi keluaran kami boleh dijadikan set hantaran perkahwinan untuk Raja Sehari yang melangsungkan hari-hari bahagia...Dengan aroma yang memukau membahagiakan lagi kehidupan anda sebagai pasangan suami isteri yang bahagia...

SUTRA SENSUAL SET

SUTRA SENSUAL

Direka khas untuk pasangan yang sudah berkahwin...
Sudah lama kahwin tapi hubungan kamar sudah tidak semesra dulu?? Cuba Sutra Sensual Set, ia pasti mengembalikan kenangan malam pertama anda. Bagi pasangan yang baru berkahwin, amat sesuai untuk mencuba set ini, ataupun dijadikan set hantaran.

Pasti anda tidak akan melupakan malam indah anda. Dengan bauan aroma yang menyegarkan.... membangkitkan GHAIRAH anda serta mengeratkan ikatan ASMARA bersama pasangan anda... Memberikan anda rasa SENSUAL, RELAXING & CALMING

Sensual Blended Essential Oil : 10ml
Romance Blended Essential Oil : 10ml
Sensual Massage Oil : 10ml
Pathchouli Aromatherapy Soap : 80gm
Patchouli Shower Gel : 60ml
Pathchouli Syampoo : 60ml
Sotthe and relax Foot and bath salt : 250gm
My Heart Perfume : 8ml
Dealova Perfume : 8ml

Harga Normal: RM215.00
Harga Promosi: RM180.00

Sekiranya anda berminat untuk memiliki set diatas boleh hubungi saya di:
aromasutra@yahoo.com
Miss Ann 017-3058353
http://www.sutraessential.com/
http://sutraaromatherapy.blogspot.com/

Thursday, July 16, 2009

AROMATERAPI ATASI TEKANAN

3Juta Rakyat Malaysia Sakit Mental?

SUNGAI PETANI, 22 Nov 2007 (Bernama) -- Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun. "Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidakstress mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.

Chua berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.

"Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh," kata beliau.

Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.

Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikiatri kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa."Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila' dan ini menyebabkan kursus perubatan psikiatri tidak begitu popular sehingga sekarang," kata beliau.

Katanya, setakat ini cuma terdapat 145 orang pakar psikiatri dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikiatri. Chua berkata, sehubungan itu kerajaan mahu usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dipertingkatkan.

AROMATERAPI MEMBANTU PELAJAR? BAGAIMANA?

Daripada artikel di atas, dapat kita simpulkan bahawa golongan pelajar tidak terkecuali daripada terkena tekanan hidup. Contoh-contoh yang dapat kita petik dari artikel tersebut seperti: "Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat," kata Menteri Kesihatan pada masa itu, Dr Chua Soi Lek kepada pemberita. Jadi bayangkan tekanan hidup yang dihadapi oleh para remaja sekalian terutamanya para pelajar.

Terdapat juga para pelajar yang tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri. Bukankah perkara ini amat membimbangkan dan sekiranya berlanjutan kemungkinan kita akan kehilangan ramai pelajar yang berpotensi menjadi tunggak kepada negara di masa akan datang.

Apa pula fungsi aromaterapi dalam mengatasi tekanan pelajar? Daripada perkataan aromaterapi itu sendiri dapat kita memahami bahawa aromaterapi adalah salah satu terapi tekanan dengan menggunakan aroma. Tahukah anda bauan aromaterapi mampu memberi ketenangan kepada anda sekaligus membantu anda mengatasi tekanan dan mengelakkan anda daripada terkena pelbagai penyakit yang akan memudaratkan anda. Tahukah anda sekiranya penyakit mental yang dialami berpanjangan ianya akan memberi kesan kepada kesihatan dan peluang untuk anda terkena penyakit-penyakit berikut adalah besar seperti:

1. Barah Perut
2. Penyakit kardiovaskular
3. Saluran koronari jantung
4. Pendarahan
5. Keadaan berkait dengan otot

Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): "Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan."

Aromaterapi yang mempunyai kandungan minyak pati berikut membantu anda sebagai pelajar:

1. Lavender: Menenangkan dan mengurangkan tegangan

Sememangnya bauan lavender sangat mendamaikan serta memberi perasaan tenang dan mengatasi tegangan yang dialami. Sebagaimana yang kita tahu, minyak pati Lavender selalu digunakan sebagai minyak wangi dan kini juga boleh digunakan untuk aromaterapi. Bauannya yang lembut memberi perasaan tenang dan damai kepada pemakai. Ianya mengurangkan kesakitan sakit kepala apabila dihidu bauannya menggunakan diffuser ataupun disapukan terus ke kulit anda.

2. Rosemary: Mengasah dan merangsang minda

Michales Scholes dari pusat Pengajian Kajian Aromatic Michales Scholes berpendapat samada secara sendirian atau bercampur bersama, lavender, chamomile, peppermint, spearmint dan rosemary membolehkan seseorang itu relaks serta menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati asid karnosik yang terdapat dalam Rosemary mampu menurunkan risiko penyakit seperti alzheimer dan strok.

3. Geranium: mengatasi stress

Minyak pati geranium biasanya diperolehi hasil pengekstrakan daunnya yang mengandungi anti-bakteria, anti-tekanan, anti-virus, anti-radang, menenangkan, mengimbangi dan merangsang tubuh supaya kekal sihat.
Ciri-ciri dan Menggunakan: Astringen, stiptik. Akar geranium baik untuk penggunaan dalaman dan luaran. Secara dalaman, ia berguna untuk sakit seperti cirit-birit dan pendarahan dalaman. Ia juga baik untuk dijadikan ubat pencuci mulut yang baik, berkumur dan sakit tekak, masalah gusi, dan kerongkong dan sakit mulut. Serbuk geranium adalah satu pembeku darah yang efektif

4. Clary Sage: Ketenangan
Minyak pati clary sage digunakan sebagai anti-stress, pewangi badan yang mengandungi antiseptik, membantu pencernaan, dan sebagai sedatif.

Kebaikan dan kegunaan:
  • Mengatur perjalanan haid.
  • Melegakan sakit kepala, kejang haid, kelahiran, dan asma.
  • Ia boleh memudahkan keregangan dalam dada untuk membantu dalam rawatan bronkitis. Merangsang kulit kepala dan boleh digunakan untuk keguguran rambut dan menyegarkan untuk kulit kepala.
  • Melegakan tekanan darah lebih rendah, yang membuat ia berguna untuk insomnia, histeria, kebimbangan, kebimbangan, dan takut. Nyata sifat-sifat menenangkan dan mengangkat patut diingat bila berurusan dengan ketagihan, penyakit saraf, kesalahan, bakar hapus, dan mimpi ngeri.

5. Sandalwood: insomnia dan ketegangan

Tindakan dan kegunaan
Digunakan untuk perubatan dalaman dalam penyakit bronchitis yang kronik,gonorea dan lain-lain. Ia banyak digunakan seperti minyak wangi.
Kebaikan Aroma: aphrodisiac, meredakan, tumpuan, keletihan, menenangkan, tekanan.
Kegunaan Unik: tarikan, rahmat, kekudusan, pengusiran, penyembuhan, cinta, meditasi, perlindungan, penulenan dan kerohanian
Kegunaan Fizikal: jerawat, antifungal, antiradang, antiseptic, antipasmodik, antivirus, astrigen, insomia, kulit normal, pelembab kulit, meningkatkan imunisasi, rambut kering, kulit kering, diuretic, kurangkan ketagihan dadah dll

6. Juniper Berry : Mengatasi tekanan dan perasaan marah

Ciri-ciri Terapeutik
* Anti-jangkitan
* Anti-Radang
* Anti sengal - mencegah dan / atau melegakan kesakitan reumatik kronik dan pembengkakan
* Memberikan kesan 'rubifacient'(menghasilkan tempat peningkatan dalam aliran darah dan edaran oleh perengsaan kulit, akan mengurangkan kesakitan dan pembengkakan), ia bukan untuk gejala-gejala tirus, analgesic, atau pemanasan
* Antiseptik - membantu dalam membunuh kuman / jangkitan-jangkitan
* Antispasmodic - melegakan kekejangan dan menyempit, menyahtoksikkan
* Astringent - merapatkan tisu, merangsang sistem peredaran dalam badan
* Diuretic - membantu dalam pengurangan cecair-cecair, ubat sistem saraf
* Warming

Sifat-sifat emosional dan tenaga
• Membersihkan dan melindungi
• Membuang kuasa-kuasa negatif
• Berguna bila rasa dibebani atau
• Melegakan kerisauan dan pemikiran negatif


7. Sweet Marjoram: Mengurangkan keletihan

Rangkaian minyak pati aromaterapi dari Tropical Bioessence membantu anda mengatasi stress yang terdiri daripada bauan cajeputi (daun gelam), Citrus Lime, Cinnamon leaf daun kayu manis), Patchouli (nilam), citronella (Serai wangi) dan lavender.

Berikut merupakan minyak pati yang digunakan untuk mengatasi masalah yang berkait rapat dengan tekanan. Minyak pati banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang banyak terdedah kepada tekanan seperti di bawah:

1. Marah, Keletihan: Basil, bergamot, chamomile, clary sage, cypress, frankincense, geranium, hyssop, jasmine, juniper, lavender, marjoram, melissa, neroli, ylang-ylang

2. Ketegangan: Basil, clary sage, grapefruit, jasmine, lavender, melissa, neroli, rose, sandalwood, vetiver, ylang-ylang

3. Masalah sukar tidur(Insomnia): Basil, chamomile, lavender, mandarin, marjoram, melissa, neroli, petitgrain, rose, sandalwood, thyme, ylang-ylang

4. Perasaan gelisah: Basil, cinnamon, citronella, coriander, ginger, grapefruit, hyssop, jasmine, lavender, lemon grass, peppermint, nutmeg, rosemary, ylang-ylang

5. Tekanan yang melampau: Basil, bergamot, cedarwood, chamomile, cinnamon, frankincense, geranium, jasmine, lavender, marjoram, melissa, neroli, palmarosa, rosemary, vetiver, ylang-ylang


Jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan aromaterapi kerana ianya banyak membantu dari segi kesihatan kepada anda sebagai pelajar.

Tuesday, July 14, 2009

KUIZ SUTRA AROMATERAPI

PROMOSI KUIZ SUTRA AROMATERAPI

Peluang Hebat Menanti Anda..
Sertai Kuiz Mingguan Sutra Aromaterapi.
Pelbagai Perfume haruman aromaterapi boleh dimenangi.

Kuiz ini terbuka kepada semua.

APA YANG ANDA HARUS LAKUKAN?

Layari website http://www.sutraessential.com
Dapatkan Borang Penyertaan beserta Soalan Kuiz.
Anda hanya perlu menjawab 3 soalan setiap minggu.
Tidak Susah… Jawapan Semua tersedia di dalam website kami.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan..
Berikut adalah hadiah yang bakal anda menangi :

Minggu Pertama: 2 Jenis Roll On Perfume
Minggu Ke-2: 3 Jenis Roll On Perfume
Minggu Ke-3: 4 Jenis Roll On Perfume
Minggu Ke-4: 5 Jenis Roll On perfume
Minggu Ke-5: 6 Jenis Roll On Perfume
(Penyertaan Terbanyak)


Pemenang akan diumumkan setiap minggu.
Jangan lepaskan peluang yang ada.
Jadilah pemenang kami setiap minggu.
Kami sentiasa menawarkan anda hanya yang terbaik.

Sebarang Pertanyaan Hubungi:

Cik Elsa: 019-6709216
Cik Ann: 013-6002842
Cik Hanim: 019-3563825
Email: aromasutra@yahoo.com