Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Monday, July 27, 2009

Cajeputi Leaf ( Daun Gelam )

Daun Gelam (Melaleuca Cajuputi)

Nama Vernakular: Gelam, Kayu Putih
Nama Botani: Melaleuca Cajuputi Powell
Famili: Myrtaceae

Daun Gelam bersifat antibakteria, antiinflamasi, sedative serta mententramkan fikiran dan meredakan sakit. Minyak gelam tidak bertoksik dan tiada alahan tetapi pada kepekatan yang timggi ia menyebabkan kulit menjadi gatal.

Morfologi:
Pokok enek atau sederhana besar setinggi 24m, silara tirus, lebat bewarna hijau kelabu, batang biasanya berpintal; kulit putih, putih kelabu atau kelabu perang, sering kedapatan secara memanjang.

Daun ringkas, susunan berpilin, tangkainya 0.6-1.3cm lebar, warna hijau kelabu, bentuk mata lembing, sering kedapatan bengkak sedikit. Bunga kecil, tangkai bunga bercantum diranting, tunggal atau 3 berkelompok tetapi banyak bunga dihujung ranting dan kelihatan seperti jambangan bunga,\; stamen bunga panjang, warna putih, wangi, ranting yang berbunga kembang kelihatan seperti berus botol. Buahnya kecil, 0.3cm lebar dan berbentuk bulat leper.

Kandungan Minyak:
Daun segar: 0.4 – 1.2% minyak gelam. Bahan kimianya bervariasi mengikutjenis baka pokok dan keadaan ekologi. minyak gelam atau minyak kayu putih bervariasi kerana campuran tumbuhan dan bahan kimia yang lain. Minyak gelam biasanya disuling daripada pokok yang mengandungi lebih cineol. Kandungan cineol dalam minyak daun gelam ialah 3-60%. Minyak gelam juga mengandungi aldehid, alfa-humulen, alfa-selinen, alfa-terpineol, beta-kariofilen, beta-selinen, globulol, kajuputol, kario-gilen oksida, 1-pinen, spatulenol, terpinol, viridifloren dan viridiflorol.

Ekologi:
Gelam biasanya tumbuh bersama pokok reriang dan terentang simpoh di hutan paya bakau dan hutan paya bakau dan huan paya bermusim (antara persisiran pantai dengan hutan dipaya bakau), terutamanya di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu. Gelam tahan lasak (sepat pulih selepas pokok terbakar dengan pangkal pokok dan akarnya). Buktinya, dikawasan yang sering berlaku kebakara, ia mungkin ditumbuhi pokok gelam.

Khasiat Ubatan:

Buah: direbus bersama daun cucur atap lalu air rebusannya diminum untuk mengatasi pelbagai masalah perut.

Daun: Dibuat the herba untuk diminum bagi perawatan penyakit busung dan asma. Minyak gelam diperoleh dengan cara penyulingan daun gelam. Sedikit minyak gelam boleh ditelan (sebagai tonik) bagi mempercepatkan degupan jantung, merangsang peluh, mengatasi masalah kekejangan, merawat asma, batuk, cacing dalam perut dan usus, jangkitan pada sistem kecing, selesema, kejang perut dan perut memulas, dan untuk mengaktifkan otak dan badan. Sedikit minyak gelam dicampur dengan sedikit gula dan ditelan untuk merawat mulas perut dan kolera, sebagai tonik perut, metenteramkan fikiran, dn mengurangkan rasa sakit. Minyak gelam dicampur kapur lalu disapu pada kaki (sakit gout). Minyak gelam juga digunakan untuk mengurut sakit sendi, lenguh anggota, gigitan serangga, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit tekinga, kejang otot kaki, pelbagai penyakit kulit, kulit lecur atau terbakar,menghalang jangkitan, mencuci luka, reumatisme dan sakit saraf dikepala dan muka. Minyak gelam boleh dihidu untuk mengubati penyakit bengkak membran mucus dalam hidung dan selesema.

Pokok: Kulitnya ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pupuk untuk mempercepatkan bisul masak dan mengeluarkan nanah.

Kegunaan Lain:
Minyak gelam: Digunakan sebagai perisa masakan dan pewangi yang menyegarkan dalam bahan pembersih, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi, dan sabun.

Sumber: Tumbuhan Liar - Khasiat Ubatan & Kegunaan Lain By Ong Hean Chooi

1 comment:

mama umarumairah said...

salam..saya berminat dgn pokok gelam ni..sebenarnya macam mana minyak pati blh di buat dari daun pokok gelam..maksudnye cara secara makmal?ianya melibatkan penyulingan ke?terima kasih

Post a Comment