Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Monday, July 27, 2009

Serai Wangi: Citronela

Serai Wangi (Cymbopogon nardus)

Nama Tempatan: Serai Wangi
Nama Saintifik: Cymbopogon nardus
Nama Lain: citronella
Famili: Poaceae

Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Kegunaan:

* menghalau semut, anai-anai, lipas, serangga perosak dan tikus
* hilangkan bau busuk
* sebagai pencuci lantai
* sebagai penyegar bilik
* anti-bakteria
* menanggalkan kotoran degil & kesan minyak

Pati Minyak Serai Makan: Cymbopogen citratus DC

Serai Makan : Cymbopogen citratus DC

Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Poales
Famili: Poaceae
Genus: Cymbopogan


Spesis:
Cymbopogon ambiguus – Rumput berbau lemon Australia (pokok asli Australia)
Cymbopogon bombycinus – Rumput Minyak Sutera (pokok asli Australia)
Cymbopogon citratus – Rumput Lemon
Cymbopogon citriodora – Rumput Lemon India Barat
Cymbopogon flexuosus – Rumput Lemon India Timur
Cymbopogon martini
Cymbopogon nardus – Rumput Citronella
Cymbopogon obtectus – Rumput biji sutera (pokok asli Australia)
Cymbopogon procerus (pokok asli Australia)
Cymbopogon schoenanthus
Cymbopogon winterianus – Rumput Citronella

Pengenalan


Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Nama-nama lain baginya adalah Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris). Ia tergolong dalam famili Graminae.

Khasiat dan kegunaan

Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.

Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.

Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

Sumber: MARDI

Thursday, July 23, 2009

Pati Minyak Daun Nilam (Patchouli)

Nama Panggilan: Nilam
Nama Botani: Pogostemon cablin (Blanco) Benth
Nama Lain: Patchouli (Inggeris)
Famili: Lamiaceae

Pengenalan:
Tanaman nilam dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina. Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800. Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia. Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia(Acheh), China dan Brazil.

Ciri-ciri Morfologi:
Nilam merupakan tanaman herba renek, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0m tinggi. Daunnya berbentuk ovat, 8-10cm panjang dan 5-8cm lebar, tebal dan bergerigi. Ia bewarna hijau tua keungu-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik apabila diramas. Batang dan cabangnya bewarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus. Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

Khasiat dan kegunaannya
Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.
Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai ‘Patchouli oil’ dipasaran antarabangsa. Antara bahan kimia yang terdapat di dalam ‘patchouli oil’ termasuklah benzaldehid, kardinena, aldehid sinamik, eugenol dan ‘patchouli alcohol’.

Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan ciri-cirinya boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikannya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi. Minyak nilan juga digunakan dalam produk seperti sabun, bahan pencuci, syampu dan ubat antiserangga. Pada kepekatan yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.

Pemprosesan tanaman

Selepas dituai daun nilam biasanya perlu dijemur selama 4-5jam dibawah sinar matahari supaya ia cukup kering. Ini bertujuan mengelakkan proses fermentasi berlaku pada daunnya dan juga bagi memastikan mutu minyak yang dihasilkan. Selanjutnya daun nilam ini diangin-anginkan diruang yang teduh (dalam bangsal) selama 3-4 hari sebelum ia disulingkan. Kadar air daun kering yang baik adalah di bawah 15%. Nisbah daun basah ke daun kering ialah 5:1 atau dalam lingkungan 20%. Daun nilam yang telah dikeringkan ini juga boleh disimpan didalam guni pada jangka masa yaang lama dan disuling apabila diperlukan.

Proses penyulingan bagi nilam mengambil masa lebih kurang 5-6jam. Hasil minyak pati nilam yang diperoleh adalah sekitar 0.65%daripada berat daun basah. Jadi secara purata sehektar tanaman nilam boleh mengeluarkan 195kg minyak pati bagi penuaian pertama dan 117-130kg minyak pati bagi penuaian kedua.

SUTRA TROPICAL SCENT

SUTRA TROPICAL SCENT SET



Set ini memberi anda wangian yang menyenangkan untuk tubuh anda, jiwa dan fikiran anda dan dapat meransangkan dan menyegarkan semula fikiran.Baik untuk orang yang selsema. Set ini juga dapat mengurangkan bengkak di tubuh badan.

Cinnamon Pure Essential Oil:10ml
Citronella Pure Essential Oil:10ml
Cajeputi Pure Essential Oil :10ml
Pathchouli Pure Essential Oil :10ml
Citrus Lime Pure Essential Oil : 10ml

Cinnamon:Menghilangkan rasa penat, tekanan, dan stress yg dihadapi. Amat berguna utk yg mengalami sakit otot & sendi serta memperbaiki perjalanan darah.

Citronella: Memberi kesegaran, merangsang & menjana mina yg lemah. Membantu menghapus bau hapak di dalam rumah atau persekitaran bilik. Amat baik untuk mereka yg mempunyai Kulit Berminyak dan Kaki Merekah.

Cajeputi: Baunya seakan2 Tea Tree. Amat baik untuk sesiapa yg mengalami masalah kulit seperti Kudis, Kekeringan, dll. Membantu mengimbangi dan menjana minda.Ia juga sebagai antiseptik atau astrigen iaitu membantu merapatkan semula kawasan luka dan parut..Turut berfungsi sama seperti DETTOL.

Patchouli: Membantu pertumbuhan semula sel kulit yang baik, untuk selulit dan masalah yang berkaitan dengan kulit. Membantu menyembuhkan gigitan serangga. Amat baik untuk meningkatkan rasa sexual di kalangan pasangan yg berumah tangga.

Citrus Lime: Membantu menaikkan semula selera makan yang terbantut terutama pada kanak-kanak. Membantu melembutkan semula kulit yang kering dan keras. Turut membantu dalam sistem perkumuhan iaitu perpeluhan.

Cara Pengunaan Pure Essential Oil: Masukkan 5 titik Pure Essential Oil ke bekas mandian (Bath Tap). Kemudian manjakan tubuh anda selama 10 minit.

Peringatan : Pure Essential Oil & Blended Essential Oil tidak sesuai pada
wanita hamil 4 bulan ke bawah dan tidak boleh menggunakan terus kepada kulit. Untuk kulit ia harus dicampur dengan carier oil seperti sunflower oil atau grapeseed oil dll.

Harga Normal: RM130.00
Harga Promosi: RM110.00

Sekiranya anda berminat untuk memiliki set diatas boleh hubungi saya di:
aromasutra@yahoo.com
Miss Ann 017-3058353
http://www.sutraessential.com/
http://www.sutraaromatherapy.blogspot.com

SUTRA SOAP SET

SUTRA SOAP SET

SUTRA SOAP SET

Mencari sabun yang sempurna dan baik untuk kulit anda? Amat sesuai dijadikan hadiah atau koleksi, ia juga mempunyai ramuan-ramuan yang dirumus khas untuk pembersihan kulit, melembutkan, melembabkan kulit anda secara semulajadi.

SET INI TERDAPAT:
Lemongrass Aromatherapy Soap 10ml
Pathchouli Aromatherapy Soap 10ml
Lavender Aromatherapy Soap 10ml
Tea Tree Aromatherapy Soap 10ml
Orange Aromatherapy Soap 10ml
Peppermint Aromatherapy Soap 10ml

Harga Normal: RM70.00
Harga Promosi: RM60.00

Sekiranya anda berminat untuk memiliki set diatas boleh hubungi saya di:
aromasutra@yahoo.com
Miss Ann 017-3058353
http://www.sutraessential.com/
http://www.sutraaromatherapy.blogspot.com

SUTRA REVITALIZING

SUTRA REVITALIZING SET

SUTRA REVITALIZING SET

SET REVITALIZING ini dapat memberikan anda semangat, mengimbangkan sistem saraf dan menyihatkan badan dan membersihkan jiwa. Set ini juga mampu menenangkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan melegakan sakit serta meningkatkan tenaga.

Menggunakan soothing massage oil membantu mengendurkan kembali otot-otot yang tegang. Captivating massage oil pula untuk melancarkan semula peredaran darh yang tersekat. Detoxifying bath salt memberi keselesaan pada kaki dan mengeluarkan toxic dari kaki anda.

Revitalizing Blended Essential Oil : 10ml
Soothing Massage Oil : 100ml
Captivating Massage Oil : 100ml
Orange Aromatherapy Soap : 80gm
Detoxfying Foot and bath salts : 250gm

Harga Normal: RM155.00
Harga Promosi: RM130.00

Sekiranya anda berminat untuk memiliki set diatas boleh hubungi saya di:
aromasutra@yahoo.com
Miss Ann 017-3058353
http://www.sutraessential.com/
http://www.sutraaromatherapy.blogspot.com